Monday, 24 October 2011

Restoran2 di Jalan Dwitasik 1, berhampiran dengan Almusafir Muslim Homestay





Jenama2 restoran2 di sekitar Jalan Dwitasik 1, yang berhadapan dengan Al musafir Muslim Homestay, adalah seperti Kayu Nasi Kandar, Ani Sup Utara, De Warung, Wong Solo, Ayam Penyet,   Dominos Pizza, PHD, Old Town White Coffee, yang menghidangkan masakan2 mamak, melayu, Indonesia, Barat, dan juga di Jalan Dwitasik seperti Q Bistro, Yati Ayam Percik, Tutti Frutti, Papa Rich, Satay Station.  Boleh dikatakan yang  Jalan Dwitasik 1 ini sudah pun jadi pusat makanan. Ada restoran2 lain yang bukan di bawah francais, seperti masakan Thai, Stimbot, Iran & Arab, mamak dll. 


Dari Homestay kami ke kawasan ini, hanya ~500m sahaja, & juga sesuai untuk berjalan kaki ke Kayu Nasi Kandar, Ani Sup Utara, Q Bistro.  Ini kerana restoran2 bersekitaran di Jalan Dwitasik & Dwitasik 1, yang melebihi 1.5 km.  


Kami cuma ingin maklumkan kepada saudara/saudari kemudahan yang sedia ada di sekitar kawasan Homestay kami.  Walaubagai mana pun, saudara/saudari perlulah semak dahulu status Halal restoran2 yang kami maklumkan ini bila saudara/saudari kunjunginya. 

Sunday, 23 October 2011

Kemudahan2 & tempat2 menarik berhampiran




Kemudahan2 dan tempat2 menarik di kawasan Bandar Sri Permaisuri & Bandar Tun Razak yang berhampiran dengan Al Musafir Muslim Homestay:


  • Hospital UKM
  • Stesen LRT Salak Selatan
  • Taman Tasik Permaisuri (juga ada taman permainan kanak2 yang menarik)
  • Stadium Bola Sepak KL
  • Stadium Renang Cheras
  • Cheras Downtown (untuk membeli-belah di waktu malam, khususnya dari Khamis - Sabtu)
  • Santai Cafe (sebuah cafe menarik di kawasan Taman Tasik Permaisuri, hanya buka pada waktu malam)
  • Masjid Al Najihin

Bercuti & solat berjemaah di masjid


Assalamualaikum, 


satu daripada kemudahan yang sedia ada di Al Musafir Muslim Homestay ialah para penginap boleh solat berjemaah di masjid yang terletak di sebelah kawasan kondo Al Musafir Muslim Homestay.   Laungan azan & juga ceramah subuh boleh didengar dari homestay ini.  


Hanya perlu melintas jalan untuk menuju ke masjid.  


Jadi, bila saudara/saudari bercuti sekeluarga di Kuala Lumpur, saudari/saudari bolehlah bercuti tanpa bercuti dari solat2 jemaah di masjid. 


P.S. 


Almusafir Muslim Homestay juga menyediakan tikar2 sejadah & kain telekung di bilik2 homestay ini, & sebuah kitab alquran.